Thursday, March 8, 2007

KURSUS INTERNET 2007

Kursus Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang berlangsung pada 7 sehingga 10 Mac 2007 di Dewan Chengal, Tropical Inn, Johor Bahru amat bermakna kepada para peserta kursus. Dalam kursus ini, para peserta diberi beberapa modul yang merupakan intisari kursus tersebut.

Antara intisari kursus adalah :

i. Modul Pencari Geogle
ii. Modul Pengenalan Internet Explorer Versi 6.0
iii. Modul Panduan Pendaftaran E-Mail Gmail
iv. Modul Pembinaan Blog Peribadi
v. Modul Pendaftaran E-Mail Hotmail
vi Modul Panduan Pendaftaran E-Mail yahoo.com
vii. Modul Panduan Pendaftaran E-Mail

Menerusi kursus ini, para guru dapat mencipta blog masing-masing bagi mencerna ilham dan ilmu yang berkaitan dengan pelajaran. Sekembali ke sekolah nanti, para guru dapat mencipta blog yang lebih bermakna bagi proses pengajaran dan pembelajaran.